🤲
Khairat Kematian
Sistem khairat lengkap — jenis keahlian boleh tetap, yuran (tunai/online/transfer), tanggungan, semakan kelayakan automatik & proses tuntutan kematian. Setiap tindakan berekod.
💚
Derma Online — 0% Komisen
Terima derma melalui FPX, DuitNow, Touch ’n Go & kad. Wang masuk terus ke akaun ToyyibPay masjid sendiri — kami tidak sentuh satu sen pun. Setiap kempen ada pautan & QR sendiri, resit automatik ke emel.
📊
Kewangan Beraudit
Perakaunan dana berkembar (double-entry) — setiap sen seimbang, setiap transaksi ada jejak audit. Penyata penuh, kutipan tabung ikut denominasi, penyesuaian bank & sijil integriti tahunan.
🏛️
Pematuhan JAIS & JAWI
Borang rasmi dijana automatik mengikut format garis panduan negeri anda — suite BR-KMS untuk Selangor, Lampiran JAWI untuk Wilayah Persekutuan. Daftar aset, perolehan, buku cek & belanjawan sekali.
💍
Perkahwinan & Kursus
Halaman showcase dewan dengan galeri & kalendar kekosongan, tempahan online dengan bayaran FPX, dan kursus pra-perkahwinan lengkap dengan kehadiran & status sijil.
🗓️
Jadual Bertugas
Jadual khatib Jumaat dengan pengesahan melalui WhatsApp, grid imam & bilal mingguan, dan roster tugas AJK. Senarai petugas berpusat & arkib khutbah.
🧾
Bil & Gaji
Urus bil berulang (elektrik, air) dan gaji/elaun petugas — terus tercatat dalam rekod kewangan.
👥
Ahli Jemaah
Daftar dan urus senarai jemaah digital. Import CSV dan tapis mengikut kariah atau jemaah biasa.
🙌
Kerja Sukarela
Cipta aktiviti dan buka pendaftaran sukarelawan secara terbuka — tanpa pendaftaran berganda.
📢
Pengumuman & Berita
Hantar pengumuman, jadualkan acara & kuliah, dan kongsi berita aktiviti masjid kepada jemaah.
📺
Papan Skrin TV
Buka satu URL di mana-mana TV masjid — waktu solat live dengan countdown, tarikh Hijri, pengumuman & poster berputar automatik.
🌐
Halaman Awam
Setiap masjid mendapat halaman web sendiri — waktu solat live, derma, daftar/semak khairat, tempahan perkahwinan, pengumuman & berita untuk jemaah.